Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

TALIKHIDMAT

Log Pertanyaan, Aduan dan Maklum Balas:

Orang awam boleh melaporkan sebarang aduan, pertanyaan dan maklum balas kepada kami dengan mengisi borang atas talian melalui SISTEM TALIKHIDMAT. Sistem ini akan mengeluarkan nomber rujukan bagi membolehkan orang awam mengesan status kes atas talian.


TALIKHIDMAT merupakan satu saluran komunikasi bagi orang awam untuk menghubungi kerajaan dan organisasi-organisasi yang menyediakan perkhidmatan awam di Sarawak. Ditubuhkan oleh Jabatan Ketua Menteri Sarawak atas cadangan umum, ia bertindak sebagai saluran alternatif untuk membantu orang awam.

Objektif TALIKHIDMAT adalah untuk membantu masyarakat dengan menghubungi mereka dengan kerajaan dan organisasi-organisasi yang sepatutnya untuk mengendalikan kes-kes yang telah dilaporkan. Dengan sistem pengurusan yang berpusat dan berkesan, orang awam akan mendapat bantuan secepat yang mungkin.